Wednesday, March 10, 2010

Bubur Ayam


Bubur Ayam
sumber: mesra.resipi.net

Bahan-Bahan: Isi Ayam (direbus dan dicarik-carik)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong kecil)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Memasak: 

1. Tumbuk halus halia, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.

2. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.

3. Kemudian masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.

4. Masukkan lobak merah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (boleh gunakan air rebusan ayam)

5. Bubur sedia dihidangkan.


Tambahan: Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan.